Mohd. Zaman Khan terkejut apabila dikatakan antara salah seorang yang berbuat demikian sedangkan beliau langsung tidak bersetuju dengan tindakan tidak demokratik itu, justeru berasa hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan sebagai salah seorang yang menyokong perkara itu.
Mengulas lanjut, Mohd. Zaman Khan, 73, yang telah seminggu dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat pendarahan dalam perut, turut menegaskan tidak tahu langsung tentang kewujudan deklarasi itu.
“Saya hairan macam mana nama saya boleh dikaitkan sedangkan saya berada di hospital. Mungkin mereka mahu tunjukkan pada rakyat bahawa deklarasi itu mendapat sokongan kuat.
“Saya tidak akan sama sekali bersetuju dengan perbuatan menggulingkan kerajaan, saya ada pendirian sendiri,” katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Zaman Khan, seorang pemimpin yang turut dikatakan menyokong deklarasi itu ada menemuinya di HUKM sebelum ini, namun perkara itu tidak pernah disentuh.
“Saya anggap itu sebagai kunjungan biasa seorang kawan lama sebab tiada apa-apa mengenai deklarasi dibangkitkan.
“Tetapi tiba-tiba petang ini anak saya cakap nama saya ada dilaporkan, jadi saya nafikan sekeras-kerasnya,” tegas beliau
Dalam perkembangan sama, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad turut menafikan beliau hadir dan menandatangani deklarasi tersebut.
“Tidak, saya tidak hadir pun di majlis itu, terima kasih,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika ditanya mengenai perkara itu.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.21 noon on March,07.2016.