March 23,2016 @ 12.48 am.
![]() |
Phee Bon Poh menunjukan surat akuan Phang Li Koon dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdula Razak Georgetown ,Pulau Pinang semalam-Bernama. |
Sehubungan itu, Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat dapat melihat kelemahan demi kelemahan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu apabila melakukan percubaan yang pelik dan janggal.
“Ini semua tindakan desperado beliau (Guan Eng) untuk menutup kebarangkalian berlakunya salah guna kuasa dalam urusan pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis sehingga melibatkan orang lain membacakan akuan tersebut.
“Saya kesal kerana ia menunjukkan ada kemungkinan kerajaan negeri terlibat, jika tidak mengapa Exco yang perlu membacakan deklarasi berkanun itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mempersoalkan tindakan Boon Poh membacakan akuan berkanun Li Koon yang mengandungi deklarasi menyangkal penglibatannya sebagai pengarah atau pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) yang berjaya dalam bidaan tanah Taman Manggis.
Boon Poh memberitahu bahawa beliau layak membacakan akuan tersebut kerana mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Li Koon termasuk penasihat kepada Penang Phee Clan.
Dalam akuan itu, Li Koon menyatakan beliau menjual banglo miliknya itu berdasarkan rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta dan dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 serta tidak mendapat sebarang manfaat.
Tambah Abdul Rahman, semakin hari semakin banyak persoalan yang timbul kesan daripada cubaan terdesak Guan Eng dan semua ini akan terjawab selepas siasatan menyeluruh selesai.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan turut mempersoalkan tindakan Exco membacakan akuan berkanun bagi seseorang yang dikaitkan dengan isu besar.
“Dua persoalan yang terus bermain di fikiran saya selepas mendapat tahu perkara ini, sejak bila Exco Negeri boleh jadi ‘pembaca berita’ untuk orang awam terutamanya melibatkan isu besar sebegini dan dalam mesyuarat Exco mana yang setuju bahawa Exco boleh menjadi ‘pembaca berita’?
“Pada saya, jika berminat untuk menjadi ‘pembaca berita’, letak jawatan dan buatlah sesuka hati dia tetapi jangan buat perkara yang tidak sepatutnya sedangkan diri sendiri mempunyai tanggungjawab yang lebih penting,” katanya.
Selain itu, Cheng Guan juga tertanya-tanya mengapa Boon Poh bersifat sebagai pelindung terhadap Li Koon dalam isu ini dan apakah kepentingan manfaat yang beliau akan dapat apabila sanggup melibatkan dirinya.( Utusan onlinne-politik).Posted by abnmulya //haji abau baklar ninggal.bl;ogspot.com at 1512 hrs on March 23,2016
No comments:
Post a Comment