![]() |
Datuk Abdul Rahman Dahlan |
KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menghentikan drama murahan dan sikap kebudak-budakan dalam menangani isu pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, Jelutong tahun lalu dan penjualan tanah Taman Manggis, Pulau Pinang pada tahun 2012.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Guan Eng harus menghentikan sikap itu memandangkan setakat ini beliau masih gagal memberikan hujah balas bagi menyangkal dakwaan terhadapnya.
![]() |
Lim Guan Eng |
“Semua itu saya lihat sebagai drama murahan dan menonjolkan sikap kebudak-budakan beliau dalam menangani isu besar tersebut,” katanya
kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Guan Eng menjelaskan kaitan pembelian banglonya dengan penjualan tanah di Taman Manggis.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan Guan Eng bergambar dengan menunjukkan kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sambil minum kopi di pejabatnya dilihat sebagai cubaan yang gagal untuk membangkitkan isu sampingan.
“Setakat ini, saya lihat Guan Eng menggunakan taktik drama dan retorik untuk mempertahankan diri, bukannya melalui hujah serta bukti yang kukuh.
“Jangan ingat rakyat boleh tertipu dengan cara kebudak-budakan beliau menangani itu,’’ katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1540 hrs on March 22,2016.
No comments:
Post a Comment