Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak demokratik termasuk meraih sokongan media antarabangsa, tidak akan berjaya disebabkan dendam dan niat jahat terhadap Perdana Menteri itu telah diketahui orang ramai.
“Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah.
“Kita tahu apa yang ingin beliau lakukan. Beliau mahu memastikan ekonomi negara kita akan terjejas. Dengan memberikan segala publisiti buruk, pelabur akan berhenti melabur di Malaysia dan orang tidak lagi akan datang ke negara ini dan akhirnya Perdana Menteri akan disalahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas merasmikan pejabat Destination Perak Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berperanan menguruskan pemasaran pelancongan negeri di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Mohamed Nazri diminta mengu­las mengenai penggunaan media asing melalui program Four Corners oleh The Australian Broadcas­ting Corporation (ABC) yang dilihat sebagai satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk merealisasikan kempen anti-Najib.( UJtusna online) Posyed by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.ata 17342 hrs on April 02,2016.