KUALA LUMPUR 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Mara akan terus wujud selagi UMNO masih berkuasa di negara ini.
Perdana Menteri berkata, UMNO mesti dipertahankan kerana tanpa parti itu, Mara akan terkubur.
Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, tanpa kewujudan Mara, orang Melayu dan bumiputera juga akan tersungkur.
“Kita mesti pertahankan UMNO kerana UMNO jaga Mara, kerana Mara jaga jutaan orang Melayu.
“Sebab itu, jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Mara di Hotel Premiera di sini hari ini.
Beliau menambah, kegemilangan Mara sejak penubuhannya 50 tahun lalu adalah berkait rapat dengan UMNO sebagai parti pemerintah.
Malah, Perdana Menteri menyifatkan hubungan simbiotik antara UMNO dan Mara menepati perumpamaan ‘bagaikan aur dengan tebing’.
“Maka, komitmen kita adalah untuk menjadikan kelangsungan kedua-dua institusi ini sebati dengan perjuangan,” ujarnya.
![]() |
“Mereka yang menjadi ketua eksekutif syarikat milik kerajaan (GLC), ketua pakar perubatan, usahawan yang mempunyai aset bernilai berbilion ringgit atau yang duduk semeja sebagai menteri Kabinet.
“Semuanya ini adalah sumbangan dan jasa UMNO kepada kita semua, jangan sesiapa lupakan hakikat ini,” jelasnya.
Perdana Menteri turut menyebut beberapa tokoh yang berjaya hasil bantuan Mara seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar;
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at a320 hjrs on April 05,2016.
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at a320 hjrs on April 05,2016.
No comments:
Post a Comment