Perdana Menteri turut mendoakan Haron segera sembuh selepas menjalani pembedahan di IJN pada 28 Mac lalu.
Najib berkata, perbezaan fahaman politik bukan penghalang untuk beliau mendoakan kesejahte­raan bagi Haron.
“Saya telah berkesempatan menziarahi Haron sebentar tadi dan beliau dalam keadaan yang ceria.
“Insya-Allah, beliau akan pulih untuk terus memberi sumbangan kepada agama dan negara,” katanya seperti dilaporkan Buletin Utama TV3 malam ini.
Haron dimasukkan ke IJN dua minggu lalu selepas menga­du sakit dada dan beliau sebelum ini pernah beberapa kali menerima rawatan di pusat ber­kenaan disebabkan kom­plikasi jantung.
Terdahulu, Najib melawat pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut beliau, bantuan akan disalurkan kepada Shaaban dan keluarganya untuk menghadapi detik sukar selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Latar pada Khamis lalu.

“Bantuan dan sokongan moral akan diberikan menerusi Persatuan Golf Malaysia (PGM), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb),” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.( Utusan online) Posted by abnmuya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1846 hrs on April 06,2016.