Zainal Abidin Osman

Z
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata Guan Eng juga perlu melepaskan semua jawatan lain yang disandangnya bagi memelihara imej dan integriti jawatan Ketua Menteri.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Mutiara Internship Pulau Pinang di Kelab Golf Safira di sini, beliau juga menasihati semua penyokong Pakatan Harapan supaya bertenang, bersikap rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan berikutan tindakan yang diambil terhadap Guan Eng.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. - BERNAMA( Utusan online).Postd by abnmulya //haji abu  bakar ninggal.blogspot.com.at  1920 hrs on Jun 30,2016
<