Ramai pemerhati politik me­ngaitkan tindakan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai isyarat yang menunjukkan gerakan untuk menjatuhkan Najib semakin menghadapi masalah.
Lebih-lebih lagi, apabila Deklarasi Pembangkang yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal menarik sokongan majoriti rakyat.

Dr. Mahathir juga menemui jalan buntu apabila Yang di-Pertuan Agong­, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah bahawa deklarasi tersebut dibuat dengan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, pemimpin PAN Kelantan, Datuk Husam Musa dan peguam, Matthias Chang menarik balik saman mereka terhadap Red Granite Pictures milik Riza Aziz. Saman itu juga ada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan Husam, Matthias dan Ainina menarik balik saman atau rayuan itu seolah-olah menggambarkan suatu perancangan sedang berlaku dalam gerakan yang mereka sertai.
Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin sebelum ini pernah mendakwa, Dr. Mahathir ingin menawarkan perdamaian kepada Najib bagi membolehkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz diterima semula oleh UMNO.

Mungkin itu satu-satunya ‘talian hayat’ yang tinggal bagi Dr. Mahathir memandangkan segala usahanya untuk menyingkirkan Najib selama ini termasuk memanipulasi isu 1MDB tidak menjadi.
Maka, kes-kes mahkamah yang difailkan Ainina, Husam dan Matthias terpaksa ‘dikorbankan’ sebelum salam perdamaian dapat dihulurkan.( Utusan online).Posted by bnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1405 hrs on September 28,2016.