Clare Rewcastle Brown
Clare Rewcastle Brown
Menurut beliau, dana tersebut disalurkan melalui projek radio dan digunakan untuk membiayai sebahagian besar kos perjalanannya ke seluruh dunia.

“Penderma itu berminat tentang isu-isu berkaitan hutan hujan dan hak asasi manusia,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Pada Mac lalu, portal Open Source Investigations http://www.opensourceinvestigations.com mendedahkan, Brown menerima dana daripada dua sumber walaupun beliau pernah mendakwa dirinya seorang wartawan bebas yang ‘tidak terhutang budi kepada pihak lain sama ada dari segi kewangan atau politik’.

Portal tersebut turut mendakwa, syarikat milik Brown hampir muflis dan hanya dapat diselamatkan selepas beliau bersetuju menyertai kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sarawak Report yang dikendalikan Brown sering mencetuskan kontroversi dengan melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan khususnya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pas juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah Sarawak Report apabila portal berkenaan melalui laporan pada 6 Ogos lalu mendakwa, kepemimpinan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, Brown memberitahu, banyak maklumat yang digunakan untuk menulis artikel-artikelnya diperoleh melalui internet.

“Saya boleh menghubungi individu-individu lain dan menulis,” jelasnya.( Utusan online-).Posted by abnmulya //hjai abu b akar ninggal.blogspot.com.at 12.10 noon on Sepetember 26,2,016.