KUALA LUMPUR 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa merancang untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan berkenaan.

RAJA PETRA KAMARUDIN
Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, Mukhriz akan menjadi pemimpin kedua paling berkuasa dalam parti dan kerajaan jika beliau memegang jawatan itu.
Menurut beliau, Mukhriz akan mempunyai kelebihan berbanding semua pemimpin yang sezaman dengannya serta para pesaingnya.
“Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1991, beliau mengambil masa hanya dua tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net semalam.
Terjemahan artikel Raja Petra itu dalam bahasa Melayu turut dilaporkan portal PRU14, http://www.pru14.tv hari ini.
Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri ketika berucap di London Rabu lalu berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan.
Petra memberitahu, sebagai Menteri Kewangan, Mukhriz boleh mencari jalan pintas dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada 2018.
“Kali ini, beliau boleh melangkah terus untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang telah dikosongkan sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat,” jelasnya.
Beliau berkata, banyak perkara akan selesai secara automatik apabila Mukhriz menjadi Menteri Kewangan dan Dr. Mahathir akan mendapat apa yang diinginkan.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2240 hrs on Sepetember 26,2016.
No comments:
Post a Comment