Thursday, September 29, 2016

Peluru Berpandu Rusia DI Sahkan Tembak MH.17.

29 September 2016 @1.05AM.
Pasukan Siasatan bersama turut hadir semaa sidang akhbar mengumumkan hasil siasatan merek berhubng tragedi MH 17 di Niewagen,Beland, Semalam, (AFP)...
NEUWAGEIN,BELANDA, SEPT:28. Ketua Pasukan Detektif Kebangsaan Belanda, Wilbert Paulissen mengumumkan hasil laporan oleh Pasukan Siasatan Bersama, sekumpulan pendakwaraya antara­bangsa diketuai Belanda yang mengumpul bukti berpotensi berhubung tragedi itu dalam sidang akhbar di bandar Nieuwegein di tengah Belanda, hari ini.

Agensi berita CNN melaporkan, hasil siasatan itu merupakan yang pertama dikeluarkan oleh kumpulan penyiasat tersebut yang dianggotai pendakwaraya dari Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine dalam siasatan jenayah berhubung nahas pesawat MH17.

Sistem peluru berpandu BUK buatan Rusia yang melepaskan satu tembakan peluru berpandu dari kampung Pervomaysk yang dikuasai pemberontak pro-Rusia itu kemudian dihantar ke Rusia semula tidak lama kemudian, selepas serangan itu.

Sidang akhbar itu turut mendedahkan bahawa pasukan pe­nyiasat telah mengenal pasti 100 suspek dalam siasatan mereka, namun tidak menamakan individu terbabit.

“Ia tidak jelas sama ada satu perintah telah dikeluarkan kepada pemberontak untuk melancarkan peluru berpandu atau sama ada mereka telah bertindak secara bebas,” kata pendakwa raya.
Pasukan penyiasat juga berkata, mereka tidak mempunyai akses kepada imej radar baharu yang dikeluarkan oleh Moscow.

Pesawat yang berlepas ke Amsterdam menuju Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal, termasuk 196 rakyat Belanda terkorban.

Hasil siasatan itu bercanggah dengan pandangan Moscow bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh tentera Ukraine.

Pasukan pendakwaraya tidak boleh membuat dakwaan tetapi keluarga mangsa sedang me­ngumpul maklumat terperinci tentang siapakah yang menembak jatuh pesawat itu dengan harapan mereka yang bertanggungjawab dibicarakan.

Tahun lepas, siasatan awam yang dijalankan oleh Lembaga Keselamatan Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.
Tetapi siasatan tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu itu.
Isnin lalu,

Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan data radar yang menafikan teori yang menyebut pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia, sebaliknya mendakwa MH17 ditembak jatuh oleh tentera Ukraine.

Pegawai Ukraine bagaimanapun tidak memberi reaksi terhadap dakwaan Rusia itu. – REUTERS (Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1645 hrs on September 29,2016.

No comments: