KUALA LUMPUR-22 Sept- Tuduhan pihak tertentu konnnya Persempdan Semul Kawasan Pilihan Raya yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihn RAYA (SPR) dipengaruhi oleh Umno adalah tidk benar
![]() |
Annuar Musa |
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili UMNO turut mengalami perubahan.
Beliau memberitahu, pihaknya menerima banyak aduan daripada bahagian-bahagian UMNO yang tidak berpuas hati dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya itu.
“Saya menasihatkan mereka supaya melakukan semakan secara terperinci dan mengemukakan bantahan mengikut saluran yang ditetapkan oleh undang-undang.
![]() |
Salleh Said Kasruak |
“Biarlah mereka melakukan tugas kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu. Tempoh sebulan diberikan untuk mana-mana pihak mengemukakan bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan kajian berkenaan.
“Sudah tentu proses mendengar semula bantahan akan dilakukan secara telus, yang akhirnya kita akan menyaksikan keputusan yang bakal dibuat,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SPR perlu mengambil kira pandangan semua pihak berhubung syor persempadanan semula berkenaan.
“Bagaimanapun, sekalipun tidak bersetuju kita perlu mengikut saluran yang betul dan jika hendak melakukan protes perlu mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.
Menurut beliau, proses persempadanan semula adalah sebahagian daripada tugas SPR demi masa depan negara sekali gus membuktikan badan itu bebas serta tidak memihak kepada mana-mana parti.( Utusan online-politik) Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.co at 9.20 am on Sepetember 23,2016.
No comments:
Post a Comment