Thursday, October 20, 2016

AKTA 355: PPBM Di Desak Nyatakan Pendirian

SAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN :
OKTOBER 21,2016 M@ 1.02 AM.

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didesak menyatakan pendirian berhubung cadangan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Add captionDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Ahli Majlis (MT) Tertinggi UMNO>Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan kegagalan PPBM menyatakan pendirian tersebut adalah kerana terperangkap dengan permainan politik DAP dan Pas yang boleh menjejaskan peluang mereka meraih sokongan dan undi.

 Katanya, situasi tersebut jelas menunjukkan parti naungan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu tidak mempedulikan tentang kepenting­an akta tersebut ditambah baik kerana apa yang lebih penting adalah survival politik mereka.

 “Seperti diketahui. DAP tidak menyokong Akta 355, jika PPBM menyatakan pendirian untuk menyokong akta berkenaan sudah pasti orang Cina tidak akan memi­lih mereka dalam pilihan raya akan datang. Mereka sanggup menggadaikan kepentingan umat Islam demi agenda politik tin kosong.
“Perkara ini turut menjelaskan kelemahan parti berkenaan yang masih lagi setahun jagung dan memerlukan sokongan padu daripada parti politik besar se­perti DAP dan Pas untuk mendapatkan sokongan,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerak­an Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keengganan berbuat demikian membuktikan PPBM tiada hala tuju perjuangan jelas dan ditubuhkan semata-mata kerana dendam serta amarah.

“Pendirian rasmi yang jelas dari PPBM berkaitan Akta 355 ini membolehkan masyarakat ter­utama umat Islam di negara ini menilai sama ada mereka berminat untuk meletakkan Islam selaku dasar keutamaan dalam perjuangannya.

“Ataupun PPBM takut menyatakan pendirian kerana bimbang kehilangan sokongan DAP, PKR dan PAN dalam usaha mereka menagih kerusi di beberapa kawasan,” katanya.
>
Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Rozali Isohak pula berkata, sebagai sebuah parti kecil, agenda utama yang dibawa oleh PPBM hanyalah memperkuatkan kedudukan politik bagi menumbangkan kerajaan sedia ada dan bukannya mahu menyejahterakan rakyat seperti yang dilaungkan sebelum ini. sebagai bersekongkol bersama cauvinis seperti DAP.( Utusan online).Posted by ab nmulya // haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 10-.52 am on Oktober 21,2016.

No comments: