Saturday, October 22, 2016

Bajet Yang Tidak Realistik Itu Bajet Pakatan Harapan,Bukan Bajet Kerajaan Umno/BN 2017.


OKTOBER 23,2016
image
DI DALAM PARLIMEN.
PENULIS dah lama tahu, sokong pembangkang bermaksud menjadi bodoh dan itulah yang terjadi bila Presiden PKR mendakwa, ahli parlimen pembangkang ramai-ramai keluar dewan semasa pembentangan Bajet 2017 semalam kerana kononnya bajet itu tidak realistik.
Tak realistik?  Apa si bodoh ini cakap?  Yang bajet alternatif Pakatan tu realistik?  Lagi tak realistik malah tahap kerja sia-sia, pun dibuat jugak.
Bajet 2017 ni disediakan dengan segala maklumat first hand tentang ekonomi negara, banding dengan bajet alternatif pembangkang yang entah mana punya data dia kutip atau kalau ada data pun, kutip unjuran yang kerajaan BN buat.  Tak realistik macam mana pulak?
Sebetulnya ini cara pembangkang tutup kemaluan masing-masing kerana konon mendakwa negara nak bankrap, ekonomi tenat dan segala jadah yang macam itu.  Bodoh-bodoh ini semua tak penat nak main politik murahan sehingga yang realistik dikatakan tidak, yang tak masuk akal, itu yang dia nak rakyat percaya.
Negara tidak akan bankrap, dan bajet 2017 ini adalah buktiknya.  Berbanding tahun lepas, perbelanjaan tahun ini meningkat sekitar RM 1.7 billion.  BR1M naik, peruntukan sektor kesihatan naik, GST tak naik dan pelbagai lagi – bankrup apa macam itu?
Jadi pembangkang nak letak muka kat mana bila pembohongan mereka dibuktikan secara langsung?  Sebab itu nak alihkan perhatian rakyat, dakwalah konon keluar dewan sebab bajet tak realistik.
Hakikatnya, Najib adalah Perdana Menteri yang pentingkan rakyat.  Orang naik motorsikal di Lebuhraya Persekutuan pun Najib tidak pinggirkan.  Berpuluh juta wang diperuntukkan untuk membaiki dan menaik taraf laluan motorsikal di Lebuhraya berkenaan.
Itu Najib – pro rakyat, bukan macam pembangkang, asyik main politik tak bertempat.
Apa pun, rakyat melihat, pembangkang keluar dewan pun bukan semua, masih ada lagi yang tinggal dalam dewan. Menunjukkan mereka pun tidak bersatu padu, lagi ada hati nak kondem Bajet 2017.  Boleh jalan lah.( dARI mYKMU-nET).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.31 noon on Oktober 23,2015 @12.32 noon.

No comments: