23 Oktober 2016 12:49 AM
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Ahli-Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak menghormati rakyat apabila mereka keluar dari Dewan Rakyat semasa beliau membentangkan Bajet 2017 semalam.
![]() |
KERATAN Utusan Malaysia semalam
|
"Kita bercakap tentang soal kebajikan tetapi mereka berpaling," katanya melalui Twitter beliau hari ini.
Ahli-Ahli Parlimen terbabit melakukan perbuatan yang memalukan diri mereka sendiri itu semata-mata kerana tidak berpuas hati apabila Najib menempelak pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa Bajet 2017 yang membela rakyat hanya satu sandiwara.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, Ahli-Ahli Parlimen pakatan pembangkang berkenaan mahu menjadikan Dewan Rakyat seperti sarkas.
Menurut beliau, pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat sepatutnya dianggap serius sebagai panduan supaya Ahli-Ahli Parlimen pakatan pembangkang berpeluang mengemukakan pandangan semasa sesi perbahasan kelak.
"Kematangan Ahli-Ahli Parlimen pakatan pembangkang kini jatuh ke tahap yang sangat rendah. Perlukah segala-galanya dijadikan demonstrasi bantahan?" katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau( Utusan online-).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om.at 12.00 noon on OKtobner 23,2016.
No comments:
Post a Comment