KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kurang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara faktor utama menyebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubah pendirian tentang calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
![]() |
Datuk Seri Dr. Sari Dr.Salleh Said Keruak |
Menurut beliau, tindakan Dr. Mahathir menentukan calon Perdana Menteri pakatan pembangkang itu juga membuktikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan hanya untuk memenuhi
kepentingan peribadi.
kepentingan peribadi.
“Belum pun menang pilihan raya, mereka sudah umumkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.
![]() |
Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Dr. Mahathir dalam wawancara yang disiarkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menyatakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM layak memimpin parti itu, namun kemampuannya untuk menerajui pentadbiran kerajaan adalah soal yang berbeza.
Pendirian Pengerusi PPBM itu jelas berbeza dengan kenyataannya yang menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika berucap dalam satu majlis di London bulan lalu.
![]() |
Datuk Abdul Rahman Dahlan. |
Beliau menambah, situasi itu juga menunjukkan pakatan pembangkang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.
“Bagi para pengundi, isu ini adalah lebih penting berbanding jumlah kerusi yang dijangka akan dimenangi,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Dr. Mahathir mungkin ‘bermain wayang’ dan cuba memperdayakan sekutu-sekutunya daripada DAP, PKR dan PAN. ( Utusan online-politik). Posted by abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot.com at at 12.55 am on Oktober 13,2016.
No comments:
Post a Comment