Perdana Menteri berkata, fasa pertama bermula pada 2008 di mana Ketua Pembangkang pada masa itu mula memainkan isu perkauman.
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Menurut beliau, Ketua Pembangkang terbabit juga mula mencabar Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kepenti­ngan semua kaum di negara ini.
“Beliau menggunakannya sebagai satu isu politik untuk meraih undi.
“Sebelum ini, tiada satu pun pertikaian pada Perlembagaan Persekutuan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni,” katanya dalam rakaman audio yang disiarkan melalui laman blog NajibRazak.com hari ini.
Najib berkata, akibatnya, senario politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) mula ditentukan oleh faktor kaum.
Beliau menambah, fasa kedua bermula tahun ini apabila seorang pemimpin lama memecah­belahkan orang Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu yang baharu sekali gus menyebabkan kuasa politik kaum itu berpecah kepada lima kumpulan.
“Perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej dwipartisan dan berbilang kaum memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri memberitahu, mereka tidak mengendahkan parti yang mentadbir Pulau Pinang walaupun pemimpinnya telah didakwa mengamalkan rasuah.
“Menyedihkan lagi, pemimpin lama tersebut sanggup dipergunakan oleh perhimpunan yang memecahbelahkan rakyat ini serta menuduh kerajaan melakukan perkara yang sama beliau dituduh dahulu,” katanya.
Beliau berkata, kedua-kedua pemimpin perpecahan fasa pertama dan kedua kini dilihat sudah bersalaman.
“Kita sudah boleh agak apa yang mereka akan lakukan kepada negara dan kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan,” katanya.( Utusan online-politik).Postd by abnmulya //haji abau bakar ninggal.blogspot.com. at 2253 hrs on Oktober15,2016.