Dr. Mahathir

1MDB dalam satu kenya­taan berkata, syarikat pelaburan strategik negara itu pada hakikatnya menjalankan operasi perniagaan yang sah berasaskan pengeluaran tenaga dan terbaru dalam pembangunan harta­nah.
Katanya, dana yang dijana daripada operasi perniagaan tersebut seterusnya menyumbang kepada Yayasan 1MDB dan turut digunakan untuk menaja Program Khas Haji.
“Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB telah menyediakan tajaan untuk beberapa perkara. RM690 juta daripada usaha murni itu telah disalurkan ke seluruh Malaysia dan untuk manfaat seluruh masyarakat.
“(Ini termasuk) Sebanyak 60 projek dalam pelbagai sektor dan bidang antaranya pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan perkhidmatan komuniti,” katanya di sini hari ini.
Jelas kenyataan itu, kesemua projek itu telah memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia dan boleh dilihat di laman web 1MDB se­perti dana Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), geran akademik kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), geran akademik Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Pe­periksaan Bersepadu termasuk Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Selain daripada Program Khas Haji, Yayasan 1MDB turut menyokong beberapa program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu menaja 600 sarjana yang terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya.
Hujung tahun lalu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan orang yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB tidak mendapat haji yang mabrur.
Beliau berkata, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, beberapa mufti membidas semula tuduhan tersebut termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang berkata, jemaah haji tidak perlu risau sebaliknya perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah dan bukannya ditentukan oleh seseorang.(Utyusan online.Posted  by  abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.27 am on January  11,2017.