Saturday, January 7, 2017

Bantuan Memahami Bahasa Diplom Mahathir Dan Penyokong Beliau

Dari Mykmu.net ( Saturdsay,January 07,201
).

Mahathir-90-tahunSiapakah yang menulis blog Tun Mahathir Mohamad hari ini masih satu misteri. Adalah sukar dipercayai ia ditulis oleh Mahathir yang berusia 91 tahun dan membuat beberapa kesilapan mudah dalam tulisannya.
Dalam tulisan terbaru beberapa hari lalu Mahathir mendakwa Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir tidak mengesahkan dana tersebut sebagai derma.
Mahathir menulis,
Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:

“Tuan Yang Terutama” kata wartawan itu, “Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?”

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: “Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan”.
Adakah Mahathir sedar apa yang beliau tulis? Terjemahan dalam blog Mahathir sendiri menyatakan Menteri Luar Arab Saudi tersebut mengakui ia adalah derma. Beliau tahu mengenai isu tersebut dan ia adalah derma ikhlas.
Mahathir mendakwa perkataan “aware” atau “menyedari” bukan satu perakuan kebenaran. Sudah tentu hujahan Mahathir ini betul sekiranya Menteri terbabit menyatakan “beliau mengetahui mengenai dakwaan derma yang dianggap ikhlas dan tanpa balasan itu.”
Sebaliknya beliau berkata, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.” [Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan].
Bahagian mana Tun Mahathir tidak faham mengenai kenyataan tersebut? Menteri Luar tersebut jelas menyatakan kerajaan beliau tahu mengenai derma tersebut.
Lebih melucukan, Tun Mahathir menulis, “Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu” yang merujuk kepada kenyataan seterusnya Menteri Luar tersebut, “we aware that the Attorney General of Malaysia had thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing (and in) so (as far as he is concerned) the matter is closed.”
Ada dua isu penting di sini harus difahami oleh Tun dan penyokong beliau, mengikut kronologi:
  1. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Kerajaan Arab Saudi mengetahui mengenai derma berbilion ringgit yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Razak oleh rakyatnya, dan ia merupakan sesuatu yang diberikan tanpa balasan.
  2. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan beliau “sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup.”
Jadi tidak penting Menteri tersebut bersetuju atau tidak dengan keputusan Peguam Negara. Bagi pihak Arab Saudi, wang tersebut merupakan derma. Justeru keputusan Peguam Negara adalah seiring dengan maklumat mereka.
Mahathir juga mempertikaikan mengapa Menteri Luar Arab Saudi itu tidak menarik balik kenyataannya,  “It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia”  yang dibuat kepada “kitab Mahathir”, The New York Times pada Februari 2016.
Hakikatnya Menteri Luar Arab Saudi tidak perlu menarik atau membetulkan apa-apa kenyataan beliau sebelum ini kerana ia tidak ditanya oleh wartawan. Malah kenyataan beliau sebelum ini adalah bersifat pandangan bukan kenyataan rasmi.
Pada Februari 2016  New York Times menerbitkan berita antara lain menyatakan
 “he (Adel al-Jubeir) did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”
Jelas sekali pada ketika itu, Adel al-Jubeir sendiri tidak pasti dari mana sumber kewangan tersebut dan untuk tujuan apa. Frasa “he did not think” bermaksud pada hemat atau fikirannya. Sekaligus ia bukanlah satu kenyataan rasmi atau maklumat yang telah beliau dapat sepenuhnya.
Frasa kedua, “i believe” bermaksud “saya percaya”. Ini juga merupakan pandangan dan pendapat (opinion) beliau.
Jika diteliti, pandangan Menteri Luar ini pada Februari lalu merupakan pandangan awal beliau tanpa maklumat yang jelas. Ia bukanlah satu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi.
Sebaliknya, dalam kenyataan terbaru beliau pada April 2016, ketika ditanya oleh wartawan mengenai isu derma ini beliau menjawab, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.”
Ini bermaksud beliau mengesahkan mengetahui derma terbabit dan derma itu adalah sah dan dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Tiada lagi perkataan “i believe” atau “i do not think” seperti dalam kenyataan awal.
Penggunaan “We” dalam kenyataan terbaru beliau jelas merujuk kepada Kerajaan Arab Saudi, berbanding kenyataan beliau kepada NYT (Februari lalu) yang menggunakan ganti nama “I” iaitu beliau sebagai individu.
Mustahil Mahathir tidak faham lenggok bahasa diplomatik antarabangsa seperti ini. Namun Mahathir atau penulis blog beliau memutar belit semua ini kerana ingin memenuhi agenda menyingkirkan Mohd Najib Razak.(Dipetik dari Mykmu-Net.).Posted by abnmula //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 12.23 am on  January 08,2016.). 



No comments: