Monday, January 30, 2017

Dakwaan Kit Siang Ditawar Jawatan Betul TPM Betul Kot



KIT Siang, masa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, macam bayang-bayang jahatlah.  Apa benda buruk timbul dalam pentadbiran Mahathir (tapi nampak suci masa tu sebab semua benda Mahathir control), Kit Siang akan ada disitu untuk menyanggahnya.
Cakap pasal buku, ramai orang tahu tentang 2 buku tentang skandal BMF yang ditulis Kit Siang tapi ramai tak tahu bahawa tentang kehilangan sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing semasa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu pun, Kit Siang ada menulis buku tentangnya juga.
Anehnya, bila dua isu itu berbangkit semula sekarang, Kit Siang diam dan buat bodoh.  Adalah komen tapi sepatah yang dicakap pun, pendek saja.  Patutnya dialah paling gembira sekali sebab ‘perjuangan’nya selama ini mula mendapat perhatian.
Oleh kerana itu, ramai mula beranggapan bahawa tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibangkitkan sebelum ini, adalah benar, sebab itu Kit Siang yang selama menghantui Mahathir dengan dua isu itu, tidak berminat dengannya sekarang.  Kalau tidak, setiap kali pilihanraya, itulah 2 benda wajib dimainkan selama Mahathir dalam UMNO dulu.
Sebetulnya Kit Siang tak payah jadi hipokrit pun untuk kejar jawatan Timbalan Perdana Menteri ni.  Baik Mukhriz atau Anwar atau sesiapa pun dari Pakatan Harapan jadi Perdana Menteri KALAU menang dalam PRU14 yang akan datang, peluang untuk Kit Siang dilantik ke jawatan itu memang cerah.
Pertama, jawatan TPM ini tidak ada dalam perlembangaan dan kedua ia tidak semestinya seorang, boleh jadi 2 atau lebih.  Jadi kenapa Kit Siang perlu jual maruahnnya dalam 2 hal ini (skandal BMF dan Forex)?
Sebab, ini semua kira-kira politiklah, bukan kerana rakyat sama sekali.  Dengan Mahathir bersama Pakatan sekarang, masalah Mahathir, masalah Pakatan/Kit Siang jugak.  Nak jadi Timbalan Perdana Menteri ni, Pakatan kena menang dulu, kalau Pakatan kalah, apa cerita nak jadi TPM ye tak?(Dipetik dari Mykmu.Net).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.50 am on Januaray 31,2017.

No comments: