![]() |
Tan Sri Annuar Musa |
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dinasihatkan bercuti daripada jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd. bagi membolehkan siasatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman.
“Saya berpendapat jika perkara itu yang menjadi keraguan Ismail Sabri, siasatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman tidak memadai. Saya cadangkan polis dan SPRM segera menyiasat seperti yang pernah saya syorkan kepada Majlis Mara dalam aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.
“Soal tajaan pasukan Kelantan lebih baik disiasat badan bebas dan berwajib. Saya akan berikan kerjasama penuh,” katanya melalui akaun Facebook miliknya. Annuar dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad selepas satu mesyuarat khas oleh Majlis Mara hari ini.
Annuar menyifatkan pendekatan dan integriti yang diamalkannya dalam menguruskan agensi terbabit telah menimbulkan rasa tidak puas pihak tertentu.
“Perkhidmatan saya adalah satu amanah. Pendirian saya dalam banyak perkara berkaitan tatakelola dan integriti memang tidak disenangi. Justeru, saya sendiri tidak terkecuali,” ujarnya.
Dalam satu kenyataan awal, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendakwa beliau tidak mengetahui mengenai mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang diadakan pada pagi ini dengan restu Ismail Sabri.
Biarpun begitu, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berlapang dada dan dengan bertanggungjawab menerima apa saja keputusan kerana beliau dilantik oleh menteri.
“Saya tidak tahu hal mesyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah diminta (memberi) apa-apa penjelasan oleh sesiapa baik ahli majlis atau menteri.
“Mesyuarat majlis dijadualkan 14 Februari depan dan saya bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan tetapi nampaknya menteri memberi restu mesyuarat khas diadakan lebih awal tanpa saya.
“Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri, saya menerima apa sahaja. Saya secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yang di amanahkan kepada saya. Prinsip, integriti, dan amanah insya-Allah sentiasa saya utamakan,” katannya..( UTUSAN ONLINE).Posted by abnmulya //haji abu bakaqr ninggal.blogspot.com.atr 12.21 noon on Februaray,03,2014.
No comments:
Post a Comment