![]() |
DATUKT TUAN iBRAHIM TUAN MAN. |
Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas Pas dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk di sini hari ini bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara Pas dan PPBM.
![]() |
Datuk Dr. Mahfodz Muhamad Pengerusi Dewan Ulama PAS. |
Sementara itu, Dewan Ulama Pas menegaskan, syarat kerjasama antara Pas dengan PPBM hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, tegas Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pas tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.
“Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya.(Utusan online)./Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com. 1321 hrs on Ferbruaray 03,2017.
No comments:
Post a Comment