SOLAT Jumaat di masjid menunjukkan umat Islam bersatu dalam menunaikan ibadah itu dan semangat perpaduan berkenaan seharusnya turut melibatkan ahli politik Muslim daripada parti berbeza. GAMBAR HIASAN/BERNAMA
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Pas mengakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah kelompok umat Islam yang boleh dimanfaatkan untuk membela agama.
![]() |
Mursyidul Am PAS,Ustaz Hashim Jasin |
Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini terbukti apabila parti yang menunjangi kerajaan itu boleh bekerjasama dengan Pas dalam isu membabitkan kepentingan Islam seperti pembelaan etnik Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah).
Berbeza DAP, katanya, parti itu mempunyai sikap yang begitu keras terhadap Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan agama itu di negara ini.
“Kita (Pas) harus mengakui mereka (UMNO) adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
“Ini berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap keras terhadap Islam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal berita parti itu, harakahdaily.net, hari ini.
Menurut Hashim, Pas pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.rsyidul Am PAS,uSTAZ
Katanya, terkeluarnya DAP daripada Barisan Alternatif pada 2001 adalah kerana sikap keras mereka terhadap negara Islam manakala pergeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
“Kita mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam.
“Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan keuntungan kepada Islam,” katanya.( utusan on line).Postd by abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 1951 hrs on February 07,2017.
No comments:
Post a Comment