Menurut Timbalan Perdana  Menteri, langkah itu juga pen­ting dalam memastikan peluang ekonomi yang berterusan untuk rakyat Malaysia di sini.
“Reputasi Malaysia cukup tinggi di sini dan Qatar amat menyenangi kehadiran kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini malam tadi.
Menurutnya, dalam pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, baginda turut menyatakan kerajaannya cukup senang dengan syarikat Malaysia dan pekerjanya yang profesional.
Yang hadir sama Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Ahmad Zahid tiba di sini kelmarin bagi lawatan rasmi empat hari ke negara ini atas undangan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifah Al Thani yang juga Menteri Dalam Negeri.
Sempena lawatan sulung Ahmad Zahid ke negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan juga Sheikh Abdullah
Dalam majlis itu juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Qatar bersetuju mengiktiraf lesen memandu rakyat Malaysia di sini.
Menurutnya, dengan keputusan itu rakyat Malaysia di negara ini tidak perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu di sini.
Sementara itu, Ahmad Jazri berkata, terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sini. – (UTUSAN ONLINE).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2108 hrs on February 07,2017.