![]() |
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz |
Ketua Dewan Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sikap DAP menolak jalan penyelesaian dalam negara melalui cara sedemikian disifatkan sebagai satu tindakan permusuhan yang nyata terhadap Allah dan Islam.
Menurutnya, bukan setakat dilihat cuba menghalang Islam daripada mencampuri urusan pentadbiran negara, malah DAP seolah-olah menganggap kaedah syariah tidak praktikal dan tidak sesuai untuk sesebuah negara yang sedang pesat membangun.
“Jika anda bertanya, mengapa Pas menolak DAP dan mereka yang bersamanya, maka jawapannya adalah selaras dengan apa yang dijelaskan di atas. DAP menolak penyelesaian agama untuk negara.
“Bukan hanya untuk negara, DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk berubat dan mencari penyelesaian dengan agama Islam (dianuti) mereka sendiri. Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agama-Nya. Justeru, Pas mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, sudah menjadi prinsip Pas menolak mana-mana pihak yang bermusuh dengan Allah, rasul dan agama-Nya.
Sehubungan itu ujarnya, rakyat diminta menjauhi sebarang penyelesaian oleh mana-mana pihak yang menolak pesanan-pesanan agama untuk membina negara kerana perbuatan sedemikian bukan merupakan ajakan untuk meninggalkan kemurkaan Allah, sebaliknya menuju bentuk kemurkaan yang baharu.
“Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan yang diredai Allah.
“Golongan ini akan segera menolak ajakan-ajakan kepada syariah Islam dan hukum-hukum agama yang disifatkan menyekat kebebasan dan hak-hak manusia untuk bebas membuat keputusan sendiri
bagi diri sendiri dan masyarakat tanpa ikatan agama. Bagi mereka, agama mestilah dihalang mencampuri urusan negara, agama bukanlah panduan yang praktikal dan sesuai untuk memajukan sebuah negara moden hari ini,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2216 hrs on Februaray 07,2017.
No comments:
Post a Comment