Monday, April 24, 2017

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA--AHMAD ZAHID

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi

25 April 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 24 April – Sembah ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada

 Yang di-Pertuan Agong menggambarkan manifestasi bahawa Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 Katanya, dengan keberadaan Yang di-Pertuan Agong di takhta selaku payung negara, rakyat harus bersatu di bawah nau­ngan Seri Paduka.

 “Tentunya apabila diterjemahkannya, Tuanku adalah payung negara dan keberadaan baginda dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan me­nunjukkan bahawa rakyat harus mendokong dan bersatu di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya.

 Beliau mengulas ucapan tahniah dan taat setia yang di­sembahkan Najib bagi mewakili kerajaan dan rakyat sempena istiadat pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV hari ini.
Dalam sembah ucapan itu, Najib menyifatkan institusi raja dan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong adalah pancaran kepada ‘Pemeribadian atau Jati Diri Negara’.

 Najib turut mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan Seri Paduka hari in Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, istiadat pertabalan berjalan lancar dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.

 “Saya bersyukur. Ini adalah detik bersejarah yang mana kerjasama yang diberikan semua pihak termasuk Istana Negara, Pejabat Perdana Menteri dan semua agensi terlibat dalam menjayakan istiadat amat dihargai,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmujlya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.32 am on April 25,2017.

No comments: