Wednesday, April 26, 2017

KOREA UTARA TERUS TUNJUK KUAT

Ketegangan di Semenanjung Korea terus memuncak 

KAPAL selam USS Michigan tiba di pelabuhan Busan, semalam. AFP"

26 April 2017 3:00 AM.

SEOUL 25 April - Korea Utara mempamerkan kekuatannya hari ini dengan mengadakan latihan artileri secara besar-besaran menggunakan peluru hidup untuk meraikan ulang tahun penubuhan tentera negara itu ketika sebuah kapal selam Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berlabuh di Korea Selatan."

SEOUL 25 April - Korea Utara mempamerkan kekuatannya hari ini dengan mengadakan latihan artileri secara besar-besaran menggunakan peluru hidup untuk meraikan ulang tahun penubuhan tentera negara itu ketika sebuah kapal selam Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berlabuh di Korea Selatan.

Kapal selam USS Michigan tiba di pelabuhan Busan ketika kumpulan armada penyerang yang diterajui oleh kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson juga dijangka tiba di perairan Korea.
Wakil tertinggi dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika pula mengadakan perjumpaan di Tokyo, Jepun bagi membincangkan keengganan Pyongyang menghentikan program nuklearnya ke­tika ketegangan kekal memun­cak sejak beberapa minggu lalu selepas Korea Utara dilapor bakal mengadakan satu lagi ujian nuklear atau peluru berpandu jarak jauh, sekali gus melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Pyongyang telah mengerahkan sebahagian besar unit artileri jarak jauh mereka di wilayah Wonsan di pantai timur negara itu hari ini untuk mengadakan latihan senjata ter­babit secara besar-besaran.

Sumber kerajaan juga dipetik bahawa latihan artileri mungkin diselia oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Kementerian Pertahanan Korea Selatan, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu, tetapi Pejabat Ketua Turus Staf Bersama berkata, pihaknya memantau rapi pergerakan ketenteraan di kawasan Wonsan dan mengekalkan tahap kesiapsiagaan tentera.

Sementara itu, Jabatan Negara AS di Washington berkata, Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson akan mempengerusikan satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB me­ngenai Korea Utara pada Jumaat ini.

Presiden AS, Donald Trump dalam perkembangan berkaitan berkata, Majlis Keselamatan PBB perlu bersedia untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara selepas terdapat kebimbangan Pyongyang akan melancarkan ujian nuklear keenam mereka, hari ini.

“Status quo di Korea Utara tidak dapat diterima, majlis itu mesti bersedia mengenakan sekatan tambahan dan baharu ke atas program senjata nuklear dan pe­luru berpandu balistik Pyongyang.

“Ini merupakan ancaman se­benar kepada dunia sama ada kita mahu bercakap mengenainya atau tidak, Korea Utara merupakan masalah besar dunia dania masalah yang perlu kita selesaikan,” kata Trump ketika me­­­ngadakan pertemuan dengan 15 duta Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, di New Zealand, rangkaian perisikan Five Eyes yang melibatkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Agensi Keselamatan Nasional AS mengadakan pertemuan di kawasan peranginan pergunung­an di Bandar Queenstown.

Pertemuan ini bertujuan memudahkan perkongsian risikan antara AS, United Kingdon, Kanada, Australia dan New Zeland ketika ke­tegangan antara AS dan Korea Utara memuncak. – REUTERS( Utusan online-luar negera).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1836 hrs on April 26,2017.

No comments: