Thursday, April 27, 2017

UMUM KEPUTUSAN MENGENAI HUBUNGAN DENGAN (PKR)..

MUKTAMAR PAS KE-63
Perwakilan Pemuda Pas mengundi untuk memilih ahli jawatankuasa baru selepas Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Ke-58 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Safrizal Azmi 
Safina Ramli 27 April 2017 4:55 PM 

 ALOR SETAR 26 April - Pucuk pimpinan Pas diminta membuat keputusan segera mengenai tahaluf siyasi antara parti itu dengan PKR terutamanya di Selangor.

Wakil Dewan Ulama Pas Selangor, Nik Bakri Nik Mat berkata, kepemimpinan Pas perlu menyatakan pendirian dan memberi panduan kepada ahli mengenai hala tuju hubungan dengan PKR.

Kami lihat ada ulama dihina oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyindir mereka dan ini langsung tidak boleh kami terima.

Jika diikutkan kami telah mempunyai ketetapan, boleh putus segera hubungan namun kami tidak mahu mendahului kepemimpinan parti disebabkan itu kami mohon satu ketetapan dapat dibuat, katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di sini hari ini..( Utusan online0. Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.10 am on April 28,2017.

No comments: