Sunday, April 23, 2017

TIGA GABUNGAN ELEMEN UNTUK PERUBAHAN DI KELANTAN

"AHMAD ZAHID HAMIDI menghadiri Malam Gelombang Merah Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) 2017.

AHMAD ZAHID HAMIDI menghadiri Malam Gelombang Merah Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) 2017 di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur malam tadi. Turut hadir Mustapa Mohamed (kiri) dan Presiden Himsak, Datuk Mohd Faizal Daud (dua kanan). 

Fitri Affendi Mustafa: 23 April 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menekankan tiga gabungan elemen iaitu kerohanian,  emosional dan intelektual untuk melakukan perubahan di negeri Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kombinasi tiga elemen tersebut mampu menghasilkan ‘gelombang’ perubahan kepada rakyat di Kelantan pada masa akan datang. “Tiga unsur itu harus diterjemahkan, turun ke bawah dan dapat dirasai oleh setiap kumpulan sasaran dan gerakan massa itu tidak semestinya berunsurkan politik tetapi ia penggarapan bagi mencipta perubahan.

“Dalam mewujudkan satu gelombang (perubahan), ia memerlukan cetusan hati dan minda serta hati dan minda yang dimenangi, malah ramai anjurkan agar intelektual dapat dicantumkan dengan emosional manakala sa­nubari dicantumkan dengan daya intelektual tinggi tetapi jika ditekankan tanpa emosional maka ia tidak akan seimbang,” katanya.

Beliau berucap dalam Maj­lis Makan Malam Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki dan Ketua Pe­nerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Himsak dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub dipilih sebagai penerima Tokoh Anak Kelantan Terbilang Himsak 2017.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin kepemimpinan Himsak mampu membantu melakukan perubahan itu berdasarkan gabungan tiga elemen tersebut.

“Himsak boleh memainkan peranan untuk membantu kerajaan mengetepikan pelbagai perbezaan untuk kepentingan negara. Kita hendaklah bersatu hati dan mendukung pergerakan itu supaya perubahan gerakan massa itu dapat dirasakan di Kelantan,” jelasnya.( Utusan on line).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1715 hrs on April 23,2017.

No comments: