Saturday, April 22, 2017

KOMITED LAKSANA PELBAGAI PROJEK DEMI MANFAAT RAKYAT-- PM.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) melihat 'aerator' atau penapis air dari sungai selepas merasmikan Loji Rawatan Air Ganchong disini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) Datuk Seri Jebasingam Issace dan Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Berhad Datuk Mohd Zahari Md Isa. - UTUSAN ONLINE/Gambar 
MAHATHIR ALI Mohd. Shariza Abdullah dan Zamzurina Ahmad 
22 April 2017 12:07 PM.

PEKAN 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited melaksanakan pelbagai projek sama ada berskala besar, sederdana atau kecil secara berterusan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek-projek berkenaan seperti pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Ganchong di sini
dengan peruntukan sebanyak RM255.1 juta membuktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukan janji kosong atau laungan retorik.


“Sebagai sebuah kerajaan, kita mesti melihat keperluan pembangunan dan keperluan rakyat dalam konteks kemakmuran negara serta kesejahteraaan rakyat dari semua sudut seperti air yang merupakan keperluan asas.


“Di samping itu, kita hendak projek yang boleh mencetuskan perubahan besar yang dikatakan sebagai transformasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Loji Rawatan Air Ganchong kepada kerajaan negeri di sini hari ini.


Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.


Yang turut diadakan pada majlis itu adalah penyampaian surat watikah kepada 21 peserta Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Permatang Besar Fasa 1, sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar program latihan akademik Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Pekan dan bantuan peraltan kepada peserta latihan serta keusahawanan Empower.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1921 hrs on April 22,017.

No comments: