Friday, April 21, 2017

DEMO SOKONG HADI PUTUS KERJASAMA DENGAN DAP,PAN

AZMAN ALI (tengah) bersama penyokong PAS Selangor dan Kuala Lumpur mengadakan demonstrasi aman menyatakan sokongan terhadap Abdul Hadi Awang di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, semalam. utusan/Aizzul A. Majid Mohd. 

Nasaruddin Musa:2 April 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 21 April - Ahli Pas Selangor dan Kuala Lum­pur mengadakan de­­­monstrasi aman selepas solat Jumaat bagi menyatakan sokong­an keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kerjasama dengan DAP.

Demonstrasi itu disertai kira-kira 100 ahli Pas di pekarangan Masjid Jamek, di sini hari ini. Wakil kumpulan berkenaan, Azman Ali berkata, mereka bersyukur kerana Presiden Pas itu membuat keputu­­s­an tepat memutuskan hubungan Pas dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) secara rasmi dan total.

Jelasnya, telah terbukti bahawa penasihat DAP, Lim Kit Siang begitu biadab apabila mengganggu Abdul Hadi ketika membuat pembentang­an berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

 “Bukan itu sahaja malah kami juga mengecam tindakan biadab beberapa Ahli Parlimen DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lainnya yang mengganggu pembentang­an RUU 355 dengan alasan tidak logik dan relevan.

“Kami mendesak supaya Ahli Parlimen bukan Islam agar tidak mencampuri perkara berkaitan Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman tersebut. Dalam perhimpunan itu, mereka membawa pelbagai sepanduk mengecam DAP antaranya bertulis " Terima kasih atas keputusan putuskan hubungan dengan Lim Kit Siang serta macai-macai DAP.

 Azman menyeru Ahli Parlimen ber­agama Islam agar menyokong pindaan RUU 355 tanpa mengira perbezaan ideo­logi politik dan memerhati kelicikan Kit Siang untuk memecahbe­lahkan umat Islam dan Melayu.

“Sikap Kit Siang membuktikan bahawa beliaulah sebenarnya Ketua Pakatan Harapan walaupun bermain wayang di belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.01 am on Aprl 22,2017.

No comments: