Thursday, April 13, 2017

TPM KONGSI MISI, VISI BAGAN DATUK

APRIL 13,2017 @ 3.00 AM.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 12 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkongsi misi dan visinya untuk penduduk di Parlimen Bagan Datuk melalui video khas bertajuk ‘Inilah Kampung Saya, Parlimen Bagan Datuk’.

Beliau berkata, keutamaan beliau untuk penduduk di Bagan Datuk adalah soal pendidikan terhadap rakyat di sana selain kepentingan memartabatkan agama dan kerohanian penduduk.
“Ini kerana pendidikan adalah pelaburan nombor satu untuk rakyat Bagan Datuk. “Penduduk Bagan Datuk me­nerima dengan baik sesuatu yang telah saya bawa dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya menerusi video tersebut yang dimuat naik di Youtube semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, sepanjang 30 tahun terlibat de­ngan politik beliau mempunyai keakraban yang luar biasa dengan kawasan itu.

“Kita harus menerima hakikat bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Saya orang kampung dilahirkan dan dibesarkan di kampung, jiwa kampung masih menebal, jadi bila saya pulang ke kawasan saya tidak membezakan sesiapa” katanya.( Utrusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakare ninggal.blogspot.com on April 14,2017 @3.22 am.

No comments: