Mohd. Hafiz Abd. Mutalib :April 13,2017 @ 3.00 am.
KOTA BHARU 12 April - Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berterusan menyerang Pas diibaratkan menambah garam pada luka sedia ada yang memberi kesan kepada hubungan antara kedua-dua parti.
![]() |
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah |
Menurutnya, tuduhan demi tuduhan yang dilakukan Rafizi termasuk mendakwa kepimpinan parti itu menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak berasas sama sekali.
“Bagi kita tuduhan Rafizi itu tidak perlu diberikan perhatian serius memandangkan rekod beliau selama ini membabitkan pelbagai pendedahan semuanya tidak betul termasuk membabitkan isu cincin isteri Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rafizi sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai terdapat individu yang rapat dengan Pas menerima dana daripada 1MDB. Katanya, PKR sepatutnya mengambil tindakan saman terhadap Raja Petra sekiranya pendedahan itu tidak benar dan bukan cuba mengalih perhatian dengan menyerang Pas.
“Selama ini PKR menekan Pas dalam isu dana RM90 juta, minta kita saman Sarawak Report dan sebagainya. Bagi saya pendedahan Raja Petra itu lebih serius, mengapa PKR tidak saman.
“Bagi saya sekiranya PKR hanya menafikan perkara tersebut, apa yang didedahkan Raja Petra itu adalah benar,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal blogspot. com. at 2.39 am on April 14,2017.
No comments:
Post a Comment