![]() |
NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH ( tengah) bertcakap kepada pemberita dalam isidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PAS Pusat,Kuala Lumpur,semalam. |
Fazrina Ayu Raduian
12 Mei 2017 3:00 am
KUALA LUMPUR 11 Mei - Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan hubungan politik tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR telah terbatal serta-merta hari ini.
Walau bagaimanapun, Pas Selangor akan tetap kekal dalam pentadbiran negeri itu walaupun tidak lagi mempunyai sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan negeri ketika ini sama ada PKR, DAP atau PAN.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ketetapan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.&
Katanya, antaranya ialah tindakan PKR tidak menyokong, malah menentang sebahagian daripada agenda Islam dibawa Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).
“PKR juga melanggar adab bekerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.
“Khianat dalam hubungan politik dengan Pas antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Pas Pusat di sini hari ini.
Ketetapan itu diputuskan selepas kira-kira dua jam perbincangan diadakan bagi memuktamadkan perkara berkenaan.
Turut serta dalam perbincangan itu ialah Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz.
Walau bagaimanapun, ketetapan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tidak ada kenyataan rasmi dan keputusan hanya diketahui melalui kenyataan akhbar.
Sementara itu Nik Muhammad Zawawi berkata, urusan pentadbiran negeri Selangor akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepenti-ngan Islam dan rakyat.
Mengulas adakah Pas akan mengadakan pertemuan dengan PKR berhubung ketetapan itu, Nik Muhammad Zawawi tidak menolak kemungkinan itu. “Ya, Pas boleh berjumpa (untuk rundingan),” katanya.
Sebelum ini, usul menamatkan tahaluf siyasi Pas dengan PKR telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.
Usul berkenaan dibentang oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Zulkifli Ismail dan disokong oleh wakil Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Sementara itu Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan berkata, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat dalam PRU-13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponen dalam kerajaan negeri sehingga tamat penggalnya nanti.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 3.10 am on Mei13,2017.
No comments:
Post a Comment