Monday, July 31, 2017

KENA PADA MASA DAN TEMPATNYA NAJIB JAWAB KENYATAAN POLITIK MAHATHIR YANG SONGSANG DAN MERAPU ITU...

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri 
Malaysia yang ke-6 yang dnyamik.
                             
                               
Isnin,Julai 31,2017 @ 7.46 pm.

SELAMA
sedang bersengkata di arena politik mutahkir ini dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka bertubi-tubi  Datuk Seri Najib telah dicerca serta telah dimalukan dan dihinakaan oleh manusia yang bernama Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah pegang jawatan Perdana Menteri  Malaysia atas tiket parti Umno selama 22 tahun itu.

Justeru itu Memang dah cukup lama Datuk Seri Najib menahan sabar. Memang kena pada tempat dan masanya kini Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab kenyataan politik Mahathir yang tebal egonya itu. Kononnya beliau (Mahathir) tidak akan menyertai Umno lagi walaupun Datuk Seri Najib tidak lagi sebagai Presiden Umno.

Pada persepsi Mahathir ( andainya) kononnya parti Umno yang dianggap oleh orang-orang  Umno sebagai parti keramat itu telah rosak nama dan imejnya akibat dirosakan oleh Datuk Seri Najib.

Dari persepsi politik bahawa kenyataan Mahathir itu dilihat sangat ego dan Mahathir menilai dirinya semacam sangat penting dan sekaligus beliau mendabik dada sebagai satu-satunya tokoh politik  Malaysia yang kononnya tidak boleh ditukar diganti.  Tanpa beliau kononnya Malaysia ini akan jadi hancur dan musnah.

Wahai Mahathir yang dah tua bangka ! Anda harus ingat ,"Jika ayam tidak berkokok di Subuh hari pun? Namun hari itu tetap siang juga.".

Di mana sahaja di dalam dunia ini? "Pemimpin sesebuah buah parti politik itu ianya datang dan pergi".Ini telah jadi hukuman alam yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang menjadikan alam ini dan dengan segala isi-isinya.

Nabi Muhamad sebagai Rasullah Allah yang maksum pun bila tiba ajalnya beliau pergi meninggalkan ummatnya. Kewafatan kekasih Allah itu disedihi dan ditangisi oleh seluruh ummat Islam di seluruh alam di dunia Islam sejagat.

Jika kita susur kembali prestasi Mahathir selama beliau pegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya dalam masa 8 tahun pagang jawatan Perdana Menteri?

Rekod-rekod pencapaiannya dan pretasi Najib adalah jauh lebih advance berbanding dengan dengan Mahathir yang mana lebih banyak merugikan negara Malaysia hingga hingga negara Malaysiaa( berbilion-belion) ringgit banyaknya seperti mana telah di sebut oleh Datuk Seri Najib  dalam jawapannya pada Mahathir. Kerugian  Bank Negara Malaysia dalam urusan niaga forex sahaja adalah sebanyak 33 bilion ringgit Malaysia.

Hakikatnya,Mahathir itu sendiri dilihat semacam tidak tahu malu dan bermuka tebal dan muka toya . Sengaja tidak mahu mengakui hakikat mutu prestasi beliau itu sendiri tidak boleh dibanggakan serta banyak salah guna kuasa oleh Mahathir telah berlaku.

Pun begitu Mahathir masih mati-matian mahu mendabik dada kononya beliau lah pemimpin Malaysia yang teragung? Poorlaaa....Kokok berserai-derai...tapi  bontot penuh najis tidak disedari...

Parti Umno pada anggapannya ( Mahathir) sangat perlukan pimpinan beliau?  Sesungguhnya Mahathir harus sedar bahawa Umno sangat ( beruntung besar) dan bertuah kerana dengan sukarela Mahathir telah keluar meninggalkan parti Umno. Mahathir memang berhak mendabik dada kononnya beliau adalah pemimipn ulung?

Akan tetapi rakyat pun  tidak buta mata dan tidak jahil dalam membuat penilianan yang mana satu itu permata dan yang mana satu itu kaca?

Jika para pemimpin Umno terdahulu sejak tanggal 26 hb.September 1969 itu faham dengan tindakan Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama "memecat " Mahathir dari Umno.Kini banyak ahli-ahli UMNO merasa kesal kenapa pucuk pemimpin Umno ketika itu begitu tega menerima Mahathir menyertai semula parti Umno pada tanggal 07 hb,Mac 1972 itu.

Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkata," bahawa Mahathirlah orangnya yang akan memporak perandakan Umno suatu masa nanti. Nah! Kini ternyata firasat Tungku itu sesungguhnya memang benar dan dah pun  berlaku jadi kenyataan yng hakiki.

Syukurlah ! Mahathir kini dah berada di luar parti Umno itu? Dan vbegitu cergas telah menghentam parti Umno dan Datuk Seri Najib dengan sesuka hati dengan isu-isu politik yang sangat songsang dan merapu. Pun begitu dengan ketentuan Allaha SWT Umno kini telah pun berjaya memencilkan serta menghapuskan "biawak hidup" yang berada di dalam Umno. Musuh Umno tidal algi berada di dalam selimut.

Ertinya? Parti Umno telah berjaya menghindarkan bahaya tentang kerja-kerja Sang Kitol yang menjahanmkan Empire Agung Melayu Melaka. Satu-satunya negeri di mana jadi tempat tumpah darahku. Sedihnya,hingga kini sudah tidak punya raja yang berdaulat lagi.

Untuk panduan pada para pemimpin negara Malaysia di masa muka.Sesungguhnya ketika hendak menerima legasi pendatang jadi rakyat Malaysia ini baik dari mana sahaja datangnya? Kita rakyat anak watan Melayu asli Malaysia harus membuat senser ( tapisan) yang teliti serta diikat dengan undang-undang yang kukuh. kuat kuasanya.

Agar pisang tidak berbuah dua kali dan kita tidak dibebankan dengan legasi pendatang yang ada niat kedua ketika mula menjejakan kaki mereka di Bumi Tanah Persekutuan Tanah Melayu ini.

Bukan dengan syarat yang terlalu longgar yang bakal menyusahkan kerja-kerja dan tanggung jawab oleh para pemimpin generasi yang akan datang. Dikhuatiri anak watan asli akan jadi pelarian dan peminta sedekah di negara dan di tanah aiarnya sendiri. ( Posted by abnmulya // haji abu baar ninggal blogspot.com at 1946 hrs on Julai 31,2017.

No comments: