01 Ogos 2017 @ 3.30am.
Sejarah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) bersama parti terbesar orang Melayu, UMNO cukup panjang, berwarna-warni dan penuh kontroversi.
![]() |
Dr..Mahathir Mohamad. |
Selepas itu, Dr. Mahathir juga pernah keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana dilaporkan tidak yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kemudian, Dr. Mahathir kembali menyertai UMNO pada 4 April 2009 apabila Datuk Seri Najib Razak menerajui kepemimpinan negara dan parti.
Episod ‘cerai-rujuk’ antara Dr. Mahathir bersama UMNO itu tidak berakhir apabila Dr. Mahathir sekali lagi mengumumkan keluar daripada UMNO pada 29 Februari 2016.
Kali ini alasan yang diberikan oleh bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu ialah kepemimpinan Najib tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu atau lebih mudah difahami tidak lagi mengikut telunjuk beliau.
Buruk UMNO yang menjadi asbab untuk beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dijaja sepanjang masa malah seteru politik dijulang tinggi diampu sebagai rakan.
Kini heboh pula persoalan mengenai adakah Dr. Mahathir yang kini diposisikan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan akan kembali kepada UMNO andai sesuatu berlaku?
Walaupun Dr. Mahathir sendiri mengulangi pendirian bahawa dia tidak akan kembali kepada UMNO namun berdasarkan rekod sebelum ini serta pusingan U yang pernah dilakukan, ia membuatkan pemimpin Pakatan Harapan sedikit gusar.
Bagi Setiausaha Kluster Politik,, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek, Dr. Mahathir sendiri tidak akan diterima oleh ahli UMNO walaupun dia mahu merujuk semula dengan UMNO.
“Politik merupakan art of impossible, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan.
“Jika kita lihat dengan hukum akal maka sukar untuk Dr. Mahathir kembali tetapi ia tidak mustahil akan berlaku tetapi persoalannya adakah lebih tiga juta ahli UMNO akan menerima beliau, saya rasa berdasarkan apa yang telah dilakukan tiada ahli UMNO yang akan memaafkan beliau,” katanya.
Oleh itu, secara logik jika hubungan Dr. Mahathir-UMNO ini boleh diibaratkan sebagai suami dan isteri, selayaknya perceraian yang berlaku umpama talak tiga yang sukar untuk dicantumkan semula.
Oleh SAFINA RAMLI ( Utusan onlie).Posted by abnbmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at 01 Ogos , 2017 @ 6.00pm.
No comments:
Post a Comment