Sunday, July 30, 2017

MAHATHIR BUKAN MASAALAH KEPADA UMNO-- NAJIB.


PRESIDEN UMNO DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK bersalaman bersama orang ramai ketika hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis ke- 29 hari ini. - UTUSAN/Foto BERNAMA.

Mohd. Shariza Abdullah 
30 Julai 2017 1:21 PM 


LIPIS 30 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekuatan UMNO bukan terletak pada individu tetapi kepada perpaduan, semangat dan kesetiaan lebih tiga juta ahlinya.

"Pendirian Dr. Mahathir bukan masalah kepada UMNO - Najib"

 “Saya bukan takbur atau menghina beliau tetapi sedar dengan penuh tawaduk bahawa jadi Presden parti pun tak kuat, yang kuat tiga juta ahli UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan barisan kepemimpinan setempat. 

Kelmarin, Dr. Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.

Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mendakwa UMNO sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya. - Utusan online.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2132 hrs on Julai 30,2017.

No comments: