Saturday, July 29, 2017

PRU KE-14 PELUANG TERBAIK UMNO/BN RAMAPAS SEMUALA KUASA POLITIK DI SELANGOR-ZAHAID HAMIDI.

  ZAHID hAMIDI


Haji abu bakar ninggal
Ahad, Julai 30,2017 @ 4.12 pm.

SAYA secara peribadi sangat bersetuju dengan pandangan yang tegas dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi itu yang mana ada mengatakan bahawa pada PRU ke -14 yang akan datang ini,adalah merupakan satu-satunya peluang yang terbaik bagi Umno/BN Selangor untuk merampas semula kuasa politik negeri Selangor yang mana Umno/BN telah tewas ditangan parti pembangkang sehingga 2 penggal pilihan raya yang lalu.

Iaitu pada PRU ke 12 (2008)dan PRU ke 13 (2013) itu. Keputusan itu sangat pedih dan perit dan kesannya di bidang politik sangat mendalam pada tokoh-tokoh politik Umno yang tinggi moral politiknya. Tidak pernah menimpa parti Umno dulu-dulunya.

JIKA Umno/BN Selangor masih juga kecundang/tewas tersungkur pada PRU ke-14 ini? 

Maka sesungguhnya jadi DAYUSLAH Umno/BN sebagai parti yang telah menguasai kerajaan pusat selama lebih dari 60 tahun lamanya. Iaitu sejak mencapai  kemerdekaan  pada tahun 1957 hingga kini.

Umno/BN harus menang semula di Selangor tetapi dengan syarat para pemimpin Umno di semua perengkat mesti kerja keras ke arah itu. 

Mesti hapuskan segala sengketa dalaman antara para pemimpin dalam parti Umno yang dah bersarang dan berkarat di dalam hati nurani setengah-tengah para pemimpin Umno  terutama di Gombak dan di Selangor itu sendiri. 

Allah Swt  tidak suka pada hamba-hambanya yang suka berdendam dan memutuskan hubungan siulaturrahim sesama ISLAM.

Boleh dikatakan di semua bahagian-bahagian terutamanya di Bahagian Gombak itu sendiri. yang dah kalah 4-0 hingga dua (02) penggal pun? Dilhat masih tidak mahu berubaha melakukan muhasabah diri?

Para pemimpin bahagiannya dilihat masih bercakaran sesama sendiri dan mereka dilihat masih bodoh sombong. Saya ini penduduk tetap di Gombak dan jadi pengundi tegar Umno di dalam parlimen Gombak.Saya melihat dengan mata sendiri penomena politik itu di Gombak. Saya rasa amat kesal kenapa begitu jadinya? 

Pada PRU ke-13 di Parlimen Gombak ditandingi oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan MP UMNO tahun 2004.Datuk Dr.Rahman kalah di tangan Azmin Ali dari parti PKR. Datuk Dr.Rahman Ismail berjaya memungut 51,000 undi berbanding dengan Said Anwar sebagai calon parlimen mendapat undi pada PRU ke -12.

Kekalahan tipis Datuk Dr.Rahman Ismail itu bukan sahaja pengundi atnik Cina hanya memberi udi pada Datuk Dr.Rahman Ismail,lebih kurang 1,100 undi sahaja di Parlimen Gombak dari jumlah pengundi-pengundi Cina berjumlah 29,000 orang di dalam Parlimen Gombak?

Bukan faktor itu sahaja.Malah Datuk Dr.Rahman Ismail telah di sabotaj oleh pemimpin-pemimpin Umno Gombak yang rasa kecewa akibat depa tidak dipilih oleh pucuk tertinggi Umno pusat bertanding sebagai calon Parlimen di Gombak pada PRU ke-13 itu.
Mantan MP  UMNO  Gombak pada PRU 2004 dikalahkan
oleh  calon PKR  oleh Azmin Ali. Datuk Dr.Rahman berjaya
mendapat undi sebanyak 51.090 orang pendundi.Satu jumlah
yang sangat besar dan popular statusnya.

Perbuatan ini adalah merupakan tindakan yang keji dan hina dan pengecut.Berjuang dalam parti politik hanya untuk kepentingan peribadi bukan kerana hendak kuatkan parti Umno.

Ia boleh ditakrifkan dan boleh disifatkan sebagai penyokong Umno yang durjana dan bangsat. 

Kerana mereka melakukan tindakan menggunting di dalam lipatan. Jadi musuh-musuh Umno di dalam selimut. Api di dalam sekam.Terus membakar Umno dari dalam secara diam-diam.

Untuk PRU ke-14 ini? Masih belum diketahui lagi siapakah tokoh politik Umno Gombak akan dipilih jadi calon parlimen oleh pucuk pimpinan Umno pusat?

Andainya pemilihan itu dibuat pada calon yang status kelayakaan politiknya lebih rendah lagi qualitinya  dari segi status yang dimiliki oleh Datuk Dr.Rahman Ismail?

Dikhuatiri dan ditakuti Umno/BN Gombak akan kecundang lagi di sebabakan status akedamik calonnya dan juga dengan lain-lain dari segi statusnya tidak setaraf dengan calon pembangkang?

Pengundi-pengundi di atas pagar di Gombak umumnya sangat kritikal cara mereka membuat pilihan terhadap sesaorang calon di kawasan mereka? Mereka  yang jadi calon parlimen Gombak hendaklah satausnya akademiknya lebih tinggi dari mereka yang  mengundi? Bukan letak calon-calon yang semberono sahaja? 

Era meletakkan calon-calon yang semberono itu telah lama hanyut dah di bawa oleh angin perubahan politik di zaman IT yang serba cepat dan pantas ini. Zaman Mat Jenin dah tak laku lagi.

Mereka pengundi-pengundi di Gombak yang berada di atas pagar ini umumnya dilihat masih sayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan mahukan parti Umno terus menerus jadi parti utama jadi nakhoda kapal memacu pelayaran kapal Malaysia ke arah yang lebih selamat, maju kedepan berbanding dengan negara-negara lain di dalam dunia yang baru mencapai kemerdekaan. 
Pada PRU ke-13 Azmin Ali  calon darei PKR kalahkan
Datuk Dr.Rahman Ismail dengan majorti yang kecil.

Setakat ini Datuk Seri Najib telah berjaya melakarkan kewibawaannya sebagai pemimpin Malaysia yang ulung dan dnyamik.Mahathir yang telah jadi PM Malaysia selama 22 tahun pun tidak berjaya melakarkankan rekod-rekod kejayaan  gilang gemilang berbanding dengan apa yang telah Datuk Seri Najib lakarkan. Syabas Datuk Seri Najib. Semoga anda sihat walafiat dan dipanjang  umurmu oleh Allaha SWT.

Ternyata darah pendantang dari Kerala of India ini zero dan sekaligus tidak mampu untuk antok kewibawaan anak darah Melayu asli dan jati anak watan Malaysia dari Pekan,Pahang ini.Pun begitu? Mahathir  masih beranggan-angan nak bertanding di Parlimen Pekan? Pada firasat saya! 

Mahathir akan hilang wang depositenya jika cuba nak lawan Najib pada PRU ke-14 ini di Parlimen Pekan,Pahang.

Datuk Seri Najib masih disegani dan dihormati  akibat kemajuan cemerlang yang telah digarapnya selama Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak PM  Malaysia yang ke-6 dalam masa hanya 8 tahun ini. 

Tetapi mereka dah fedup dengan percakaran-percakaran sesama sendiri yang telah diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin perengkat bahagian yang tidak ada nokhtanya itu. Bodoh sombonng yang tidak boleh diajar.
Bertindak dan berfikir  macam keadaan politik Malaysia  masih berada ditahun-tahun keadaan
politik sebelum tahun 2008. Letak calon tunggul kayu busuk pun? Umno boleh menang. tanpa kerja keras.

Panorama politik  mutakhir ini dah jauh telah berubah. Mahathir yang telah jadi PM selama 22 tahun atas tiket parti Umno.

Bila ditolah dan dicmpurksn dengan teliti.Kini beliaua sudh tidk boleh lagi jadikan parti Umno kuda tunggangannya untuk capai cita-cita terpendanmnya itu?

Moh! Cepat-cepat beliau telah cabut lari ucapakan sayonara pada Umno.Beliau kini   sedang mengumpulkan tenaga raksaksa nak tumbangkan Umno dan kerajaan Barisan pimpinan Datuk Seri Najib.\ dan Bariusan Nasional.

Bahagian Parlimen Gombak adalah merupakan kawasan majoriti pengundi -pengundi Melayu dan para pengundinya pula sangat dynamik cara berfikirnya.

Di kawasan yang penuh sesak dengan pengundi-pengundi Melayu itu pun? Telah tercatit di dalam sejarah politik Umno Selangor bahawa Umno/BN telah mengalami kekalahan menonggeng yang memalukan Umno hingga 2 penggal berturut-turut?

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku pada PRU ke-14 ini jika Umno tidak mahu dipanggil parti yang dayus. Kemenangan yang mutlaq harus dilakukan oleh Umno/BN Selangor khasya dan Umno Malaysia amnya.

Kawasan-kawasan yang tepu dengan pengundi penduduk  athnk Cina? Mengikut hukum akal?
Ternyata begitu sukar untuk dipulihkan semula kepercayaan mereka semacam sebelum trend tjsunami itu bermula pada tahun 2008/2013. 

Parti DAP dilihat dah begitu berjaya mempengaruhi MINDA pengundi-pengundi athnik Cina dengan membakar api perkaumana yang lapok bertujuan agar kaum Cina menolak  Umno/BN bermula PRU ke-12 (2008) dan PRU ke-13 tahun ( 2013).

Pun begitu? Sedihnya di kalangan pemimpin-pemimpin Umno di Gombak itu dilihat ternyata masih asyik bercakaran-cakaran sesama sendiri yang kronik dan sangat parah sifatnya?

Mereka semacam tidak sedar bahawa  tidak akan wujud satu perpaduan yang kukuh tanpa persefahamana yang jitu antara sesama mereka di dalam Umno itu sendiri?

Mereka semacam telah lupa dengan pepatah lama Melayau tersohor yang ada mengatakan ,"Bersatu itu teguh.Berpecah itu roboh".

Hatta Kota Melaka  pun jadi roboh akibat Melayu sesama Melayu telah berpecah belah dan ada diantaraya telah menyokong Portugis penjajah laknattullsh itu.

Bagaiamana hendak menggalas usaha -usha untuk mencapai kemenagana yang jitu dan gilang gemilang jika para pemimpin Umno itu sendiri masih berhipokrit tertus menerus bersengketa sesama sendiri tanpa sebab-sebab yang wajar dan bersiafat titik bengik aje?

Penyakit-penyakit jenis itulah. yang membuatkan Umno/BN kalah pada PRU kje-12 dan 13 dulu itu. Akibat para pemimpin Umno Selangor di segala perengkat telah lalai dan cuai kerana menyangkan bahawa , "Panas itu hingga ke pertang ,tetapi malangnya dengan ketentuan Allah SWT hujan turun di tengah hari".

 Dengan kata lainnya.Para pemimpin Umno sekaligus semacam tidak  mahu menginsafi dan tidak mahu sedar dan tidak mahu mengakui hakikat sebenar bahawa yang "Bulat itu tidak datang bergolek" dan yang "Pipeh itu pun tidak akan datang terbang  melayang".

 Mesti ada tangan-tangan ghaib yang harus menggerakkannya bartulah benda-benda ghaib itu boleh datang bergolek dan datang terbang melayang kepada anda. Allah SWT tidak akan merubah nasib anda?

Jika anda sendiri tidak mahu berusaha keras membanting tulang membuat pembaharuannya. Fikir-fkirkan.(Posted by abnmulya // Haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1612 hrs on Julai 30,2017.

No comments: