Friday, July 28, 2017

Malaysia menyokong intifada Palestin--TPM

Datuk Seri Dr..Ahmada Zahid Hamidi


Fadezil  Zainol
28 Julai 2017 @ 4.23 pm.




Kuala Lumpur, 28 Julai- Malaysia akan terus menyokong intifada penduduk Palestin walaupun dilaporkan Masjid Al-Aqsa berjaya dibebaskan daripada sekatan rejim Zionis dan menyeru semua negara Islam bersatu mempertahankan Palestin daripada kekejaman Israel.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia bersama negara Islam lain akan terus menentang cubaan untuk memindahkan ibu negara Israel daripada Tel Aviv ke Baitulmaqdis selain berusaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Katanya, Malaysia tidak berniat mahu bermusuhan dengan bangsa Yahudi atau menentang negara-negara jiran menjalinkan hubungan dengan Israel, tetapi menolak tindakan Israel yang terus menekan rakyat Palestin.

“Malaysia akan terus menyokong Palestin dalam menuntut hak mereka dan kita semua perlu bersatu hati untuk menentang kekejaman Israel.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Persidangan Ulama Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut portal berita Al-Jazeera semalam, polis Israel telah mengeluarkan ke­semua peralatan dan sekatan ke­se­lamatan yang dipasang di pekara­ngan dan laluan pintu masuk masjid sejak awal pagi kelmarin. - UTUSAN ONLIN ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1839 hrs on Julai 28,2017.

No comments: