Friday, July 28, 2017

ROS arah Pakatan Harapan tukar logo

PENGERUSI Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menyerahkan perlembagaan Pakatan Harapan. - UTUSAN.
JUANI MUNIR ABU BAKAR
28 \JULAI 2017 @ 10.56AM.


PUTRAJAYA 28 Julai - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP menukar logo dan simbol kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan. 

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya perlu meletakkan perkataan ‘Pakatan Harapan’ dalam logonya berbanding kini yang hanya tertulis ‘Harapan’.

“Kita akan membuat logo dan simbol yang baharu dalam tempoh dua hari dan kemudiannya akan kemukakan kepada ROS.

“Kami akan mengikuti arahan tersebut dan berharap permohonan dapat diluluskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini.

Terdahulu Dr..Mahathir bersama Presiden PKR Datin Dr.Wan Aazizah Wan Ismail,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan Perlembagaan Pakatan Harapan kepada ROS.

Yang hadir sama Presiden Amanah Mohd Sabu dan Pemamgku Pengerusi DAP Tan Kok Wai-Utusan online. ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1746 hrs on Julai 28,2017.

No comments: