KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pas meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad dipanggil oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bakal ditubuhkan bagi menyiasat tragedi Memali sebagaimana yang pernah disarankan oleh Lim Kit Siang.
![]() |
Datuk Takiyuddin Hassan |
Antaranya, kata Takiyuddin, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam; bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Amin Osman dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Dr. Rais Yatim serta Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid.
Beliau berkata, nama-nama terbabit pernah disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipanggil dalam RCI itu oleh Kit Siang dalam satu kenyataan pada 2 April 2014 yang mendesak RCI untuk menyiasat peristiwa berdarah pada 19 November 1985 itu ditubuhkan dengan mengemukakan sebab-sebab kenapa Suruhanjaya terbabit perlu ditubuhkan.
Katanya, Kit Siang turut menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan bekas Ketua Polis Daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim serta bekas Senator, Datuk Muhamad Yusof Husin untuk dipanggil memberi keterangan.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1301 hrs on Ogos 24,2017.
No comments:
Post a Comment