Sunday, October 15, 2017

SIASATAN RCI ADIL,PERLU DEDAH KEPADA RAKYAT

KUALA LUMPUR 14 Okt. Proses siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an disifatkan bersih serta adil dan hasilnya wajar didedahkan kepada rakyat.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa semua pihak tidak mempolitikkan RCI kerana penubuhannya adalah demi melindungi kepentingan rakyat.

Katanya, setiap individu yang dipanggil memberi keterangan termasuk pemimpin pembangkang bukan sahaja diberikan pe­luang membuat penjelasan, malah sesetengah kenyataan mereka dilaporkan oleh akhbar tempatan dan antarabangsa.

“Sudah tentu hasil siasatan amat wajar didedahkan, kerana me­­ngandungi pelbagai maklumat yang penting kepada rakyat.

“Saya mendapati pro­ses siasatan dijalankan secara adil, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri diberikan peluang secara adil untuk memberikan penjelasan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam berkenan menerima laporan siasatan RCI setebal 400 muka surat itu daripada Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri Mohd.

Sidek Hassan di Istana Negara di sini. Mohd. Sidek yang juga Pe­ngerusi Petronas dan anggota-anggota RCI lain turut menghadap Sultan Muhammad V selama lebih sejam dan memberi penjelasan kepada Seri Paduka tentang ha­sil siasatan suruhanjaya tersebut.

Jelas Tunku Abdul Aziz, siasatan oleh RCI serta pendedahannya kepada rakyat penting untuk menjaga kredibi­liti institusi-institusi negara dan pasaran ekonomi tempatan.

Dalam pada itu bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid yang merupakan seorang daripada 25 saksi yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI, terus konsisten mahu perkara itu didedahkan kepada rakyat.

Menerusi aplikasi Whatsapp, beliau menegaskan hasil laporan itu wajar didedahkan kepada rakyat apabila mengambil kira urus niaga itu melibatkan nilai yang besar.

 Abdul Murad yang merupakan individu pertama yang mendedahkan mengenai urus niaga itu pada 26 Januari lalu, dan mendakwa BNM mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bilion iaitu jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan pada 1994.( Utusan online).Posted  by abnmulya /// haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 3.45 am on Oktobewr 16,2017

No comments: