Sunday, March 11, 2018

Jerlajah Pakatan Harapan ibarat " syok sendiri".


MOHAMMAD  HATI IDRIS
March 1,2018 @ 3.01 pm.


Jelajah Pakatan Harapan ibarat ‘syok sendiri’ AJAH Pakatan Harapan diketuai DAP di negeri ini selama sehari semalam ibarat ‘syok sendiri’ kerana tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan. 


Daripada sesi dialog di warung-warung kopi sehingga aktiviti terakhir ceramah penutup pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat PAN di Bachok hanya dihadiri sekitar 2,000 orang tidak setimpal dengan nama-nama besar pemimpin yang ditampilkan.


Penampilan pemimpin ‘de facto’ pembangkang yang menggalas jawatan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu tidak memberikan kesan kepada rakyat ini.


Hatta, isi ceramah Dr. Mahathir masih tetap sama, berkisarkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melabelkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai ‘penyangak’ berulang kali. 


Seolah-olah sudah kering modal dan tidak diulas pula secara mendalam manifesto pakatan tersebut kecuali hanya ratib untuk menjatuhkan Najib.
 Lebih menghairankan, apabila terpacul daripada mulut Dr. Mahathir sendiri bahawasanya beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri lagi. 


 Alasannya, hanya ingin berbakti kepada rakyat jelata. Jenaka apakah ini? Kerana sudah terang lagi bersuluh Pakatan Harapan diketuai DAP itu sudah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara.

Kenapa tidak saja Dr. Mahathir menolak pencalonan tersebut sekiranya benar tidak berniat tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
 Dan kenapa pula tidak menggunakan kesempatan memerintah negara selama 22 tahun untuk membantu rakyat sepenuhnya kerana apa yang berlaku hari ini adalah legasi peninggalannya yang ramai di antara kita tidak sedar.


Lebih menjadi persoalan apabila kelibat pemimpin utama DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng langsung tidak kelihatan. 


Mungkin kerana takut ditolak mentah-mentah oleh rakyat Kelantan dan hanya mewakilkan Naib Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji demi memancing hati pengundi Melayu. - Utusan online-Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1756 hrs on March11,2018.

No comments: