Friday, March 9, 2018

ROS kemuka notis kepada PPBM

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,Surayati Ibrahim  ketika sidang akhbar mengenai isu Parti Peribumi Bersatu Malaysia hari ini.( Utusan online/ photo Bernama.
SOFIAN BAHAROM
March 09,2018 @ 5.40 pm.

PUTRAJAYA 9 Mac - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, notis yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh itu mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada ROS.

Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta, katanya, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.

"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

"Notis mengikut Seksyen 14 (2) ini dikeluarkan adalah disebabkan aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli parti PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2322 hrs on March 09,2018.

No comments: