Friday, March 9, 2018

Pakatan Harapan janjikan syurga palsu


Azrul Hakimie Anue
March 09,2018 @ 6.21 pm.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Pakatan Harapan diketuai DAP melalui manifestonya mahu mewujudkan sejuta rumah dalam tempoh dua penggal pemerintahan dilihat sebagai cubaan untuk menjanjikan syurga palsu kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, apakah pembangkang sudah lupa tentang sembilan projek perumahan rakyat di Selangor yang dibatalkan baru-baru ini tanpa alasan kukuh.

Katanya, perkara tersebut boleh dipadankan dengan kos harga rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang yang hanya mampu dibeli oleh golongan berkemampuan tinggi sahaja.

"Hampir 10 tahun Pulau Pinang dan Selangor berada di bawah kepimpinan parti pembangkang, berapa banyak rumah mampu milik untuk rakyat golongan bawahan yang dibina, ini bukan janji lima tahun tapi sudah 10 tahun mereka memerintah dua negeri yang berpendapatan tinggi.

"Tetapi jika rumah yang berharga lebih RM500,000, mereka berlumba-lumba memberikan kelulusan segera malah mereka menghalau penduduk asal rumah seperti rumah setinggan di bandaraya Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat membina rumah-rumah mewah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - ( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1906 hrs on  Mac 09 ,2018.

No comments: