Saturday, March 24, 2018

KENYATAAN ROS BUKTI PEMIMPIN PPBM HANYA BERLAGAK BAGUS-HAMIDAH

Kemelut akibat ditubuh secara tergesa-gesa 


MOHDAMAD HAFIZ YUSOF BKRI

24 hb.Mac 2018 @ 6.27pm.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Permohonan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP yang belum dapat diproses kerana masalah dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperlihatkan parti itu selama ini hanya ‘berlagak’ bagus."

HAMIDAH  OSMAN
Menurut bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman, berikutan kelemahan itu, keupayaan dan tahap keseriusan pemimpin PPBM untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) dan seterusnya memikul amanah rakyat bagi mentadbir negara memang layak dipersoal.

Malah katanya, kelemahan dari segi tadbir urus memberi gambaran bahawa PPBM tidak layak menerima mandat daripada rakyat. “PPBM ‘berlagak’ seolah-olah parti itu mempunyai barisan kepemimpinan yang kukuh, sebaliknya mereka ada pelbagai kemelut. Ini disebabkan penubuhannya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

“Selain itu, mereka sendiri mungkin tidak meneliti apa yang ada dalam perlembagaan parti dan yang pelik timbulnya banyak percanggahan selepas ROS mahu mendapatkan dokumen seperti yang diminta sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP masih belum dapat diproses berikutan masalah yang ditimbulkan oleh PPBM.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, sehingga kini PPBM masih belum menjawab dan menyerahkan maklumat yang diminta oleh ROS. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.23 pm 0n March 25,2018.

No comments: