Saturday, March 24, 2018

Dr.MAHATHIR DICABAR BERHUJAH DENGAN Dr. KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR 24 Mac - Selepas dilihat berjaya ‘memerangkap’ lawannya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dijemput sebagai ahli panel dalam satu forum yang bakal menemukan semula beliau dengan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Mengikut beberapa maklumat yang ditularkan dalam media sosial, forum dinamakan sebagai Forum Anak Muda itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan penyokong Pas dengan tajuk ‘Layakkah Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi’.

Forum berkenaan akan diadakan pada 29 Mac ini di Dewan Purnama, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula pukul 9 malam. Turut dijemput sebagai ahli panel ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut akaun Facebook Friends Of Gagasan Sejahtera, kesemua panelis bersetuju hadir kecuali Dr. Mahathir yang belum memberi jawapan untuk menghadirkan diri.

“Sama-sama hadirkan diri untuk menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri hujah-hujah tuntas daripada semua panelis. “Kesemua panelis bersetuju untuk hadir kecuali kami belum menerima jawapan daripada Dr. Mahathir,” menurut akaun media sosial penyokong Pas itu hari ini.

Poster mengenai anjuran itu turut dikongsi oleh beberapa akaun media sosial tempatan dengan harapan bekas Perdana Menteri itu menghadirkan ke forum tersebut. - UTUSAN ONLINE ( POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM ON 25 HB.MARCH,2018.

No comments: