Tengah berbaju T -.Shirts hitam mantan Ahli Parlimen Umno Gombak tahun 2004 merangkap sebagai Presiden gabungan Ngo-Ngo Gombak,ialah Datuk Dr.Rahman Ismail. |

March 24,2018 @ 8.11 pm.
Majlis Santai Pagi anjuran bersama Gabungan Ngo2 Gombak pimpinan mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004,Datuk Dr.Rahman Ismail dan Komuniti 1 Malaysia Kg.Kerdas dan Kg. Changkat Gombak telah pun bermula baru sebentar.
Majlis tersebut didapati telah mendapat sambutan yang hebat dari penyokong2 Gabungan Ngo2 di Gombak dan juga dari penyokong tegar Umno di sekitar Simpang 3,Gombak, pada pagi ini di Restauran Neknab di Simpang 3Kg. Tengah, Gombak, Selangor D.E.
Maka segala aktibitinya itu tidak dapatkan dipisahkan dengan para hadirin yang hadir itu kebanyakannya dari anggota2 Umno dan juga penyokong dari badan2 Gabungan Ngo yang pro-Umno.
Sekaligus disokong juga oleh orang2 Melayu yang berada di atas pagar yang mana selama ini, tetap istiqamah menyokong parti Umno, parti yang keramat itu sejak di era Kemerdekaan tanah air hingga mutakhir ini.
Tiga mantan tokoh2 politik yang tidak asing lagi di kalangan penyokong2 Umno Gombak telah hadir di majlis tersebut.
Mereka itu ialah Mantan menteri Umno/BN Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004 dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.
Ketiga-tiga dari mereka itu telah memberi ucapan yang memberi perangsang kepada bakal-bakal calon Umno/BN yang akan terlibat di dalam PRU ke/14 yang akan datang ini atas tiket Umno/BN.
Tokoh besar yang mula-mula memberi ucapan di majlis itu ialah Tan Sri Zaleha Ismail, selaku penasihat bandan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
![]() |
Tan Sri Zaleha Ismail yang dah berusia 82 itu pun masih aktif dalam arena politik dan gerakan Ngo-Ngo di Gombak dan juga di Ngo-Ngo International. di Jepun dan di Korea Selatan. |
Akhirnya tiba masanya Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Omar Din memberi ucapannya.
Inti pati ucapan dari ketiga-tiga tokoh Umno itu? Boleh dikatakan rata-rata menekan kepada semua ahli-ahli Umno harus bersatu padu dengan seerat-eratnya pada PRU ke-14 ini tanpa sebarang kemelut dalaman demi untuk menjayakan Umno/BN dapat mengambil alih kuasa kuasa politik yang Umno/BN Selangor telah tewas pada dua penggal PRU iaitu pada tahun 2008 dan 2013 dulu itu.
Ucapan mereka itu telah di sambut dengan tepukan yang gemuruh oleh para hadirin yang hadir kira 300 orang ramainya di dalam Majlis Santai Pagi itu sambil menikmati nasi lemak dan juadah2 yang lain di restauran NEKNAB yang popular itu yang terletak tidak berapa jauh dari Simpang 3 Gombak.
Majlis selesai dan bersurai kira2 jam 12.30 tengah hari.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1957 hrs on March 24,2018.
No comments:
Post a Comment