Wednesday, March 28, 2018

PINDA NAMA 12 KAWASAN PARLIMEN DN 28 KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN).


NAJIB TUN RAZAK bersama wakil-wakil ahli parlimen kerajaan sebelum membentangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan). - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN 


Hussaini  Amran

Mac 28,2018 @  12.51pm.

KUALA LUMPUR 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut beliau, bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1). 

“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya /// haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 8.51 pm on March 28, Mac 28,2018.

No comments: