Monday, April 9, 2018

Najib, 1MDB dan 14 lain berjaya batal saman Mohamad Ezam

Najib,1MDB dan 14 lain berjay batal saman Mohamad Ezam.

SUWni Mokhtar
April 09,2018 @  4.49PM.


KUALA LUMPUR 9 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan 13 bekas ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung kerugian dialami syarikat itu berjumlah AS$3.65 bilion.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan demikian selepas bekas senator itu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman yang turut menamakan syarikat itu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Ezam membayar kos sebanyak RM63,000 kepada semua defendan.
Mohamad Ezam memfailkan saman itu pada 14 April 2017 dengan menamakan 1MDB; Najib; Kerajaan Malaysia dan 13 bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berhubung dakwaan kerugian yang dialami 1MDB berjumlah AS$3.65 bilion.

Dalam penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, semua defendan bertindak secara melulu dengan menyebabkan sejumlah AS$3.65 bilion dibayar kepada pihak yang tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.

Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan membayar sejumlah AS$3.65 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  // Haji Abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.7 pm on April 0,2018

No comments: